Minggu, 02 Agustus 2009

Ibnu Majjah


epanjang pemerintahan Islam di Spanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, banyak terlahir cendekiawan dan sarjana dalam berbagai bidang. Sebagian mereka ialah ahli sains, matematika, astronomi,pengobatan, falsafah, sastra, dan sebagainya.

Salah seorang mereka ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih dikenal sebagai Ibnu Majjah. Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M). Ibn Majjah merupakan seorang sastrawan dan ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibn Majjah juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Meskipun begitu beliau juga seorang yang hafiz al-Quran.

Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang pengobatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah dilahirkan di Andalusia. Walau bagaimanapun, kehebatannya turut tersebar dalam bidang politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa. Lebih menakjubkan lagi karna beliau menguasai ilmu matematik, fizik, dan falak. Pada kesempatan itu, beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik.

Kemampuannya menguasai berbagai-bagai ilmu itu menjadikannya seorang sarjana yang teragung bahkan tiada bandingannya di Andalusia dan barangkali di dunia Islam. Jadi, sumbangannya dalam bidang keilmuan begitu besar sekali.

Dalam bidang falsafah umpamanya, Ibnu Majjah boleh dikatakan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotel. Dalam bidang ini beliau telah mengemukakan gagasan fal­safah ketuhanan yang menetapkan bahwa manusia dapat berhubung dengan akal fa’al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.

Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah / nafsu yang bersarang dalam hati dan diri manusia.

Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung antar sesama masyarakat ataupun secara terpisah. Kalau masyarakat itu tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan menyendiri. Pandangan falsafah Ibnu Majjah ini jelas dipengaruhi oleh ide-ide al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibnu Majjah ini dapat diikuti dalam “Risalah al-Wida” dan kitab “Tadbir al-Muttawwahid” yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan menyendiri. Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahwa kitab tersebut sama dengan buku “al-Madinah al’Fadhilah” yang ditulis oleh al-Farabi.

Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebaikan yang diketuai oleh ahli falsafah dapat terwujud. Satu persamaan yang sama antara al-Farabi dengan Ibnu Majjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu untuk mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Percobaan yang sembarangan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang.

Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibnu Majjah berpendapat bahwa akal boleh menyebabkan manusia berpikir untuk mengenali apakah sama antara benda dan Tuhan? Akal juga boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.

Selain itu, Ibnu Majjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul “aI-Nafs” yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibnu Majjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotelet, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi. Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain meskipun beliau turut mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan, algebra, dan sebagainya.

Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibnu Majjah berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. Justeru itu, apa yang diya­kini itulah sebenarnya satu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan tidak benar.

Sebenarnya, banyak hal di dunia ini yang tidak dapat diuraikan menggunakan logika, tetapi hanya bisa diuraikan dengan bersandar pada Al-Qur’an. Jadi, Ibnu Majjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahami hal-hal yang berkaitan dengan metafisikaIlmu sains dan fisika misalnya digunakan oleh Ibnu Majjah untuk menguraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibnu Majjah, benda tidak mungkin terwujud tanpa rupa, tetapi rupa tanpa benda dapat terwujud.

Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeda-beda. Kemahiran Ibnu Majjah dalam bidang matematika dan fisika harus diakui tetapi beliau tidak mencoba menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sebaliknya, ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujjah dan pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafisika. Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibnu Majjah yang tidak diketahui, karna sebagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tertinggal dan kita ketahui hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berserakan di beberapa perpustakaan di Eropa. Setengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung.

Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat. Karna itu beliau diberikan kedudukan dan penghormatan yang tinggi oleh orang Murabbitin. Tetapi karna perasaan dengki dan cemburu orang lain, telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia yang masih muda. Biarpun umur Ibnu Majjah tidak panjang tetapi sumbangan pemikirannya telah memajukan perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia khususnya, dan dunia pada umumnya.

Sumber dikutip dari : http://justdontcryalone.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar